BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 23, 2010

::: si MeraH :::

haii.. salam sumer kawan2 cik dainey..
meh cni cik dainey ader 1 info kesihatan nak share.. tp rase nyer sumer tau kot sal ni kan..

hurm.. tomato..

yup!! tomato.. kebanyakannya girl selalu guna tomato tuk jg kecantikan n kelembutan muka kan.. hehe.. cam cik dainey gak laaa.. kalo nmpak tomato jer mesti tgn gatal nk potong tuk letak kt muka.. hehehe.. pastu rsa kulit muka waaaa.. licin..

kadang2 cik dainey mkn camtu jerk.. sedap kan.. nyum3..

ni la dia info sal tomato yg merah ni ;

Tomato adalah antara buah-buahan yang kaya dengan Lycopene dan baik untuk penjagaan kesihatan umum. Lycopene adalah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan (fitokimia) dan berperanan memberikan warna merah kepada tomato. Sehubungan itu, penyelidikan dari Universiti Harvard merumuskan bahawa pengambilan tomato dalam diet amat berkesan dalam menentang pembentukan sel-sel kanser terutamanya kanser prostat. Ini kerana bahan kimia Lycopene dikenalpasti merupakan bahan antioksida yang kuat dan bertindak meneutralkan radikal bebas yang terhasil dalam tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas di samping tindakbalas aktiviti metabolisme sel adalah berbahaya kerana sering menjadi penyebab kanser dan penyakit kardiovaskular.

Kajian para penyelidik ke atas 48,000 responden dan merumuskan bahawa pengambilan tomato, sos tomato, jus tomato dan pizza mempunyai kaitan untuk merendahkan risiko seseorang terdedah kepada penyakit kanser prostat. Kesimpulan daripada kajian turut menunjukkan makanan yang dimasak dengan tomato sebanyak 10 kali seminggu turut mengurangkan risiko menghidap kanser kolon, kanser rektum dan kanser buah dada. Walau bagaimanapun, pakar pemakanan dan kesihatan mencadangkan setiap pengambilan seharusnya menyamai setengah cawan sos tomato atau suku cawan pes tomato atau satu keping pizza dengan sos tomato.

Walaupun para penyelidik mendapati jumlah Lycopene adalah lebih tinggi dalam tomato mentah tetapi sos tomato mempunyai kandungan Lycopene lima kali ganda lebih banyak berbanding tomato segar. Keadaan ini disebabkan penyerapan Lycopene melalui sistem penghadaman lebih mudah setelah dinding sel tomato dipecahkan akibat adanya bekalan haba.

haa..takat ni jer dulu yerk..

"mam tomato manyak2 erk pasni.. hehehe.."

0 comments: