BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 15, 2012

:: Takkan Mungkin Ada Pengganti ::

Bukan tidak redha dengan ketentuanNya..
Bukan tidak terima akan takdir Yang Maha Esa..
Tapi...hati ini terlalu perit untuk menerimanya..
Menerima kenyataan bahawa tiada lagi pelukan ibu tercinta adalah suatu yang amat berat..

 
Dia tempat mengadu..
Dia tempat berkongsi segala suka dan duka..
Dia juga tempat bercerita..

Kini.. hilang dan tak mungkin akan ada pengganti..
 
Ya Allah,beratnya ujianMu..

Ku sedar walau kutangisi pemergian ibu, namun semua ini takkan membawa ibuku kembali..
Aku cuba untuk menerima ketentuanMu.. 

Bila saat aku membaca Surah Yasin untuk ibu, air mata pasti mengalir..
Sering aku terbayangkan kenangan2 indah bersama ibu...
senyumannya, gelak tawa dan gurau sendanya...
Ya Allah..aku rindukan semua itu..

Tiada yang sedih melainkan kehilangan seorang ibu..

Ya Allah..Kau tabahkanlah hatiku..
Aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini Ya Rabbi..
Kau berikanlah ketabahan kepada kami sekeluarga..
Sesungguhnya hanya Engkau mampu mengubati perit di hati ini..


Maaa....... (Inilah panggilan kami kepada ibu tercinta)

0 comments: