BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 6, 2010

.:: Istimewa Rasulullah ::.

Salam ukhwah kepada semua..

Seorang insan itu bila dikesani oleh akhlak Islamiyah yang sempurna serta istimewa, maka ia akan mendorong seorang itu bersikap baik serta tidak lagi melakukan penyelewengan terhadap perintah Allah S.W.T.. Dan jika seseorang itu tidak menyelewengi perintah Allah S.W.T. itu, maka sudah tentu apa-apa kerja yang mahu dilakukan lebih-lebih lagi menjalani kehidupan akan merasai ketenteraman, keharmonian dan kebahagiaan

Sama2 lah kita contohi akhlak Rasulullah SAW...


1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .

2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .

3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .

4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka .

5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .

6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya .

7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .

JANGAN kita LUPA untuk BERSELAWAT keatasnya.. Peringatan untuk saya dan muslimin muslimat sekalian.. InsyaAllah..

0 comments: