BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, June 12, 2010

haishhhhhh... tensen!!!!!!!!!!.. umphh...


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... tensen nyerrrrrrrrrr!!!!

umphhh... geram tol kalo xleh wat sesuatu yg kita jangkakan kita mampu buat.. rs x puas hati pon ade.. kenapa xleh nak siapkan lg nih..

pening tol la mcm ni.. byk sgt kot x paham coding nih.. aduyaiiiiiiiii.. cane erk nk leh siapkan esok.. Supervisor nk tgk esok dahh.. haishhhhhhhhhh.. mcm2 laaa.. ni bru pektikal.. kalo keje nanti agak nye boleh keguguran rambut cik dainey nanti.. dok pikir coding yg sesuaii..

pening..pening..pening..

dah la cri nota dulu2 pon x jumpa dh skang nih.. ntah cerok mane cik dainey sorok.. hukhuk.. time nk gune ni xde plak nk muncul depan mata.. hishhh.. sakit mata tol.. + sakit hati gak laaa..
Nanti nk kena beli poket doreamon laa.. hehehe.. nk selesai masalah pon senang.. kehkehkeh..
kalo ade jual... hurmmm..

fikir..fikir..fikir.. caner erkk.. ermmm... ape coding mysql yg sesuai erk.. hurmm..

idea..idea....plssss come with me!!! plsss..plssss..plsssssssss.....
~~~lalalalalala~~~

Friday, June 11, 2010

wanTED!!!!!!!!!!!!!!


Kepada Wanita termasuk cik dainey sendiri.. ehemm... =D

> Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

> Suka dimanja.

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

> Tarikan derapan kasut

Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

> Jangan bersolek tebal

Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

> Ingat hari pentingnya

Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

>Hormatinya

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

> Jangan terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

> Agresif

Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

> Jangan terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

> Jangan ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

> Jangan terlalu baik - Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

> Jangan perasan - Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

> Sikap sederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

> Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

> Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

> Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

> Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

> Jaga kecantikan

Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

> Gaya kemas

Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

> Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.

> Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

> Jujur dalam tingkah laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

> Suka yang beragama

Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

> Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

> Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

> Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.


yeahhh.. wanita terbaekkk...

++ cuBa unTuk cEkal ++


Assalamualaikum kepada sesape yg singgah kt blog nih..
Thankz erk coz sudi lalu kat sini..

Arini cik dainey tensen skit.. huk3.. caner ni.. hri ahad ni supervisor nk tgk system.. hurmm..
cik dainey dah pening dah nk link kan database ni.. so many data laa..

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat hambaMu yg lemah ini.. Permudahkanlah urusanku ini.. Mudahkanlah hambuMu ini untuk dapatkan idea2 yg bernas lg power.. Aminn..

Malam ni ade kenduri tahlil umah sedara plak.. adoii.. dah x cukup masa sgt nih.. Esok cik dainey nk g umah membe nk g melawat dia.. cian dia x baper sihat.. Dia tuh kawan kamcing cik dainey laa.. Semoga dia sihat sentiasa.. Pastu esok jgk nk kena g kenduri kenalan cik dainey..

PHP command!!!!!!!!!!!! Please give me help!! hukhuk..
Kalo la wat sistem xyah guna coding yg ntah pape kan best.. hurmm. Xpe la.. gpon bkn cik dainey sorg jer kena hadapi sumer ni.. org len pon samer gak.. Tapi kan bila cik dainey wat sistem ni, rasa teringin nk jd programmer la plak.. rase mencabar ckit keje nih.. hehehe..
Kan best kalo dapat boypren programmer gak.. oppss.. gataii jap.. Tapi btol la.. jd programmer ni best gak.. Banyak main ngn logik.. hurm... like3!!! (^_^) Jommm!!! Sambung wat sistem ngan cik dainey heh..


SABAR....SABAR.....SABAR.....SABAR....SABAR............... yeahhhhh!!


InsyaAllah.. ader rezeki, cik dainey nak jd programmer..



Thursday, June 10, 2010

~~ miss you never die ~~

Senyuman ku hadiahkan untukmu.....

Salam semua..
hahaha..cik dainey ni miss kt sape plak nih.. mamat mane plak yg dirindukan nih.. adoiii.. rindu..rindu.. hehehe..

Ni cik dainey nak story ckit la.. bukan mamat yang cik dainey rindukan tp membe2 ms kat UUM dlu yg dirindukan.. hurmm.. 'mamat' wat ms ni xde dalam kamus hidup dainey lg.. Tapi kalo ade rezeki, ape lg kan.. Alhamdulillah laa.. hehehe.. Sape la yang xnak rindu dan dirindui oleh yang tersayang kan.. setiap manusia dambakan perasaan tuh.. ehhh..salah topik plak nih..

Hurmm.. balik kepada rindu kat membe td.. Apelah yang membe2 cik dainey tgh pikir skang kan?? Skang ni musim praktikal.. err.. mestilah dorng tgh pikir nak siapkan proposal and coding tuk wat sistem kan..Utk IT laa.. Membe yg BBA macam kak ida,kak mia,nik and mimie mesti dok melepak jerk.. hehe.. tp xde laa melepak sakan kan.. Tapi betul laa.. miss kat kowang sumer..

Kak Fiz plak sorang2 tercampak kt airport Bangi.. Maklumlah dalam proses mencari pilot katakan.. ehemm.. kak fiz... cepat2 le yerk.. abg pilot @ imam muda.. hehehe.. terbaek la kak fiz..



Cik zie n Mira plak skang ni kat UPEN (kalo x salah la) kat... mane lg kalo bukang Ganu kiter gakk.. hehehe.. Selamat berprogramming la erk.. Sama gak ngn kila.. Mak cik tu skang ni ngah sebuk format laptop skang.. waaaaa.. dia memang hebat laa.. Kak Niesa skang ni jauh nun di Selangor.. hurmm.. jauh kan.. xpe akak pasti leh wat nyer sistem.. terbaek dr ladang teh..

Alalalala.. mongek moris lak kat Perak.. ate komer ni kan.. hehehe.. selamat berprogramming la yerk mongek noris.. kangan bangat sama kamoo sihh.. Ummaahhh.. opps!!! hehehe..

Gud Luck kawan2 sumer.. Tabah & Sabar dalam menghadapi cabaran dunia kerja.. Semoga kita sama2 suksess erk.. =D




Windu kat kowang sumer..

Tuesday, June 8, 2010

"Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-Nya, cuma manusia sering alpa"

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu. (al-Infitar: 1-8)

Mukadimah

Surah al-Infitar termasuk dalam kategori Surah Makkiah, ia berjumlah 19 ayat dan diturunkan selepas surah al-Nazi'at. Persamaan surah ini dengan surah al-Takwir.

Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah. Al-Maraghi berkata: Ketika langit terbelah dan susunan planet-planetnya berubah, maka tidak ada lagi bintang yang beredar pada orbitnya sebagaimana yang kita lihat sekarang.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan.

Syed Qutb berkata: Andainya bintang-bintang itu gugur dan terlepas daripada ikatan peraturan yang selama ini mengikat dan memelihara perjalanannya, sebagaimana yang akan berlaku pada hari kiamat yang menamatkan ajalnya, maka ia akan hancur lebur di angkasa raya sebagaimana hancurnya atom yang terlepas daripada ikatannya.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Ibn Abbas r.a berkata: Allah SWT menghamburkan air di lautan ke atas sebahagian yang lainnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. Ibn Abbas r.a berkata: Iaitu dikeluarkan dan al-Suddi berkata: Perkuburan itu bertaburan dan bergerak sehingga keluarlah orang yang ada di dalamnya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Al-Maraghi berkata: Ayat ini mendorong agar melakukan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.

Firman Allah SWT: Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Syed Qutub berkata: Inilah kecaman secara langsung dari Allah SWT. Dia memanggil manusia, lalu berdiri di depan-Nya sebagai seorang yang cuai, berdosa, terpedaya, tidak menghargai kebesaran Allah SWT dan tidak beradab sopan terhadap-Nya.

Kemudian Allah SWT mengingatkan nikmat-Nya yang agung, kemudian mengingatkan kecuaian manusia, kebiadapannya dan kekeliruan dan keterpedayaannya.

Firman Allah SWT: Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menyebut zat-Nya dengan karim (pemurah), bukan qahhar (pemaksa), sebab sifat pemurah itu tidak layak menjadikan manusia membiarkan dirinya digoda oleh syaitan.

Sebagai contoh pernyataan: Kerjalah semahumu kerana Tuhanmu Maha Pemurah. Dia telah bermurah hati kepadamu di dunia dan akan berbuat begitu di akhirat.

Namun, maksud yang tepat untuk pengertian ini adalah untuk menyatakan kesungguhan dalam menerima cahaya keimanan dan ketaatan para hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu.

Ikrimah berkata: Jika berkehendak, Dia akan menciptakan dalam bentuk kera, dan jika mahu Dia akan menciptakan dalam bentuk babi.

Penutup

Dalam penutup ini suka dinyatakan sedikit pendapat Syed Qutub berkenaan dengan manusia, antara lain katanya: Katakanlah segala apa yang ditanggap itu sampai ke otak melalui alat-alat saraf yang seni itu, tetapi di manakah hendak disimpankan semua hasil tanggapan itu?

Andainya otak itu sebagai tali pita rakaman nescaya manusia memerlukan selama umur hidupnya, purata 60 tahun kepada ribuan juta meter pita tersebut untuk merakam sekian banyak gambaran, kata-kata, makna perasaan dan kesan-kesannya untuk diingatkan kembali setelah melalui masa puluhan tahun.

Kemudian bagaimana otak itu menyusun di antara kata-kata, makna, peristiwa dan gambaran yang tunggal untuk menjadikannya satu budaya yang terkumpul.

Seterusnya meningkatkannya daripada maklumat kepada ilmu seterusnya tanggapan kepada kefahaman dan pengalaman kepada pengetahuan.

Inilah salah satu ciri manusia yang membezakannya daripada makhluk yang lain. Yang lebih daripada ciri ini adalah roh yang dikurniakan Allah SWT, iaitu roh manusia khusus untuknya yang menghubungkan dengan keindahan alam oleh Pencipta-Nya.

Itulah roh yang memberikan kepada manusia detik yang gemilang menghubungkan dengan zat yang mutlak tidak terbatas setelah berhubung dengan pancaran keindahan alam ini.

Begitulah roh yang tidak diketahui oleh manusia. Itulah roh yang memberi nikmat kesukaan dan kebahagiaan yang tinggi walaupun ia berada di bumi dan menghubungkannya dengan alam al-Malaul a'la dan menyediakannya untuk hidup di dalam syurga yang kekal abadi.


Subhanallah.. Sama-sama lah kita mendekatiNya.. Sama-sama kita jauhi perkara yang dilarangNya.. InsyaAllah..

Monday, June 7, 2010

Subhanallah...............

Ya Allah.. cekalkanlah hati hambaMu yang lemah ini.. Semoga aku tabah menghadapi dugaan dariMu ya Allah.. Permudahkanlah segala urusanku semasa melayari tempoh latihan industri ini.. Aku pohon kepadaMu yang Maha Agung.. Pencipta seluruh makhluk di muka bumi yg indah ini.. Aminn...

Hari ni cik dainey teruskan wat sistem ni execute ngan elok.. aduuhh.. bukan senang nak main ngn data2 ni.. sebelum ni byk wat coding yang ade timer jer.. xde plak data sebanyak ni.. huhu.. peningggggggg.. kenapalah kena wat coding erk??? hehehe.. tu persoalan bijak pandai dr cik dainey sendiri.. hahaha.. bila sesuatu yg dainey nk buat tp x dapat2 lg.. mcm tu.. tapi bila dapt berlagak plak.. aduhh.. ni la manusia..
ishhh... skarang ni cik dainey dalam proses menjadi programmer yg x berapa hebat di alam praktikal.. huhu.. nanti dah keje, insyaAllah akan jd yang terhebat.. hehehe.. xpe... nak berjaya ni bukan senang.. nak pandai pon bukan senang.. belajar dr kesusahan...baru dapat lebih ckit ilmu.. hati pon jd lebih cekal dan tabah.. alaa.. xpe laa.. skang ni cik dainey lebih fokus kpd praktikal.. huhu.. CINTA plak?? hurm.. kalo bab tu, sebenarnye cik dainey x sedia lg fizikal dan mental.. hahaha.. sape la erk bakal menemani hati ini?? jejaka mane tuh?? hehehe..

Kita tggu dan lihat je la erk.. harap2 dpt yg memahami dan menyayangi hati ini... ecececehhh.. gatai la plak....

ok, kita tggu dan lihat episod cinta & praktikal cik dainey yg seterusnya erk..

Jumpa lg...

Sunday, June 6, 2010

.:: Istimewa Rasulullah ::.

Salam ukhwah kepada semua..

Seorang insan itu bila dikesani oleh akhlak Islamiyah yang sempurna serta istimewa, maka ia akan mendorong seorang itu bersikap baik serta tidak lagi melakukan penyelewengan terhadap perintah Allah S.W.T.. Dan jika seseorang itu tidak menyelewengi perintah Allah S.W.T. itu, maka sudah tentu apa-apa kerja yang mahu dilakukan lebih-lebih lagi menjalani kehidupan akan merasai ketenteraman, keharmonian dan kebahagiaan

Sama2 lah kita contohi akhlak Rasulullah SAW...


1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .

2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .

3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .

4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka .

5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .

6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya .

7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .

JANGAN kita LUPA untuk BERSELAWAT keatasnya.. Peringatan untuk saya dan muslimin muslimat sekalian.. InsyaAllah..