BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Salam kengkawan!!! 

wow!!! date 12.12.12 ni cantekk..hee..
 
erm..hari ni bukan date je cantek, keje cik dainey sendiri pon dah makin cantek..
cik dainey bukan aje programmer --> develope system, maintain the system process, improve the system, protect data and so on.. tapi skang dah masuk ke dalam dunia IT yang betol2 luas.. skang cik dainey kena jd doktor komputer plak.. huhu..kalo doktor cinta maybe OK kot..hahaha..

tapi...xpe la sebab cik dainey ni still under improvement skill..so tak jadi masalah la kalo kena wat keje lebih skit pon.. untuk diri sendiri gak kan.. haa..

bukan takat jadi doktor komputer, multimedia pon sangkut gak..hihi..video, photo editing, e-greeting, music fading etc.. adoiii.. cik dainey sendiri pon tataw dah nak sebut apa..tp wat keje ni so far enjoy..cuma mentality jerk nak kena kuat.. yelorrr..nanti nak kena terima komen2 dr org.. walaupon dorang x tau betapa nk tercabut bijik mata bila ngadap menda ni.. kan?????? orang IT maybe lg faham la tahap kesukaran dlm menyiapkan system, video, photo dll.. hurmm.. kadang2 nak nanges gak rasa...tapi apakan daya itu pilihanku..haa..alang dah masuk bidang ni, biar la mahir sume part kan???
 
so..moral of the story is SABAR + (TABAH * USAHA) = BERJAYA
InsyaAllah dengan izin Allah sume yang diimpikan akan tercapai..
 
Jenjalan jap..lepak dekat blog kengkawan jap ehh.. jom!!!

Thursday, November 29, 2012

:: Cik Dainey nyer "Pok Pek" ::

Assalamualaikum...
cik dainey doakan kawan2 dan kenalan blogger semua dalam lingkungan rahmat Yang Maha Esa..

erm..mulai hari ini cik dainey akan mulakan keceriaan hidup baru.. terus fokus dalam kerjaya, kembangkan lagi skill yang ada, top up ilmu dalam semua bidang..
skang cik dainey dah jadi apa yang cik dainey nak jadi dulu..tapi belum cukup bagus la..baru setahun jagung..masih lagi menajamkan kemahiran.. syarikat yang cik dainey duk skang ni adalah tempat untuk cik dainey kumpul kemahiran, belajar sesuatu yang baru, belajar sesuatu yang cik dainey sebelum ni tak suka nak belajar..so, sikit-sikit..lama-lama banyak la ilmu yang baru.. kebetulan bos pon ok la sebab dia bagi peluang untuk cik dainey belajar sesuatu yang baru bagi cik dainey..
erm..cik dainey skang bersyukur atas apa yang cik dainey ada..cik dainey juga dikelilingi orang-orang yang menyayangi cik dainey.. seronok..



sejak setahun lepas sampai hari ni kejap2 jer dengar biter member kawen..dapat jemputan pon leh tahan gak banyak..tapi tak sume cik dainey dapat p..yang cik dainey jadi pengapit pon ada taww..hehe..erm..tu member tempat keje yang kawen.. dorang cantek2..alhamdulillah dorang dah miliki cinta dorang.. cik dainey pon tumpang gembira la..sonok tengok membe kawen ni..
membe satu kampus pon dah ramai yang kawen.. yang tak di sangka-sangka dia kawen dulu pon ada taww..hihi..hidup ni memang penuh dengan kejutan kan..tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku melainkan Allah Yang Maha Kuasa..
Okey lah, kepada yang dah miliki cinta tu selamat berbahagia ke akhir hayat.. yang bakal memiliki cinta, semoga cinta itu milik anda!!!

bubye!!!

Wassalam... (^_-)

Tuesday, October 23, 2012

Ya ALLAH.......

Allahu akbar!!!
Semoga Allah lembutkan hati dia..
Semoga semuanya kembali seperti dulu..
Berikanlah hambaMu kesabaran dalam menempuh dugaan yang melanda tanpa mengira waktu dan tempat..
Tabahkanlah hati ini...

Aku hanya insan yang tidak pernah sempurna....

<<(-_-)>>

Tuesday, October 16, 2012

~~SESEKALI DIUJI~~

...........(-_-).............
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih, pemurah dan penyayang


Terharu dengan susunan senikata ini.. Ya Allah, hanya kepadaMu kumemohon...
Berikanlah daku petunjuk dan hidayahMu..

Monday, October 15, 2012

:: Takkan Mungkin Ada Pengganti ::

Bukan tidak redha dengan ketentuanNya..
Bukan tidak terima akan takdir Yang Maha Esa..
Tapi...hati ini terlalu perit untuk menerimanya..
Menerima kenyataan bahawa tiada lagi pelukan ibu tercinta adalah suatu yang amat berat..

 
Dia tempat mengadu..
Dia tempat berkongsi segala suka dan duka..
Dia juga tempat bercerita..

Kini.. hilang dan tak mungkin akan ada pengganti..
 
Ya Allah,beratnya ujianMu..

Ku sedar walau kutangisi pemergian ibu, namun semua ini takkan membawa ibuku kembali..
Aku cuba untuk menerima ketentuanMu.. 

Bila saat aku membaca Surah Yasin untuk ibu, air mata pasti mengalir..
Sering aku terbayangkan kenangan2 indah bersama ibu...
senyumannya, gelak tawa dan gurau sendanya...
Ya Allah..aku rindukan semua itu..

Tiada yang sedih melainkan kehilangan seorang ibu..

Ya Allah..Kau tabahkanlah hatiku..
Aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini Ya Rabbi..
Kau berikanlah ketabahan kepada kami sekeluarga..
Sesungguhnya hanya Engkau mampu mengubati perit di hati ini..


Maaa....... (Inilah panggilan kami kepada ibu tercinta)

Wednesday, October 10, 2012

:: Kesenangan & Kesusahan adalah ujian dari Allah ::

Ya Allah...malu bilaku berdepan denganMu saat ku menandah tangan meminta pertolonganMu di kala aku ditimpa musibah..sedangkan aku kadang kala lupakanMu di saat aku senang.. Ya Allah.. aku mengabaikanMu di saat aku tersenyum dan ketawa.. bila musibah menimpa diri, hanya Engkau yang kuingati..
 
Terlalu jauh aku tinggalkanMu...
 
Pada ketika aku ditimpa kesusahan, aku sering berfikir Kau tidak adil..kenapa mesti aku yang mendapat kesusahan.. tetapi adakah aku sendiri adil denganMu??

Adilkah aku???? mengingatiMu hanya bila mendapat kesusahan, tetapi melupakanMu pabila aku mendapat kesenangan.. adilkah aku??? Ya Allah, aku hambaMu yang kerdil yang mudah melakukan kesilapan..kupohon padaMu Tuhan Yang Maha Agung..berilah daku petunjuk untuk kembali ke jalanMu..akanku teruskan perjuangan untuk mendapatkan cintaMu Ya Rabbi..
 
Kau berikanku kesenangan adalah untuk mengujiku..Kau juga berikanku kesusahan untuk mengujiku.. namun aku hanya mengingatiMu di saat aku dalam kesusahan.. setiap aturanmu aku abaikan.. Ya Allah..besar kesilapanku melupakanMu di ketika aku tersenyum gembira..bahagia..senang..
 
Aku sedar aku banyak mengabaikan tanggungjawabku sebagai hambaMu..

Ya Allah, layakkanlah aku untuk mendapat cintaMu yang maha agung..
 
~~(-_-)~~

Tuesday, September 11, 2012

~ Setiap Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya ~

Salam ukhwah kepada penjejak blog cahayalidaine..
first skali syukur alhamdulillah, kita diberi peluang untuk terus beribadat kepada Allah.. dalam kita beribadat jgn kita lupa bersedekah ayat suci al-Quran kepada umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita untuk menyahut seruan Ilahi..baru skang cik dainey dapat menerima pemergian arwah ibu tercinta.. wpon kadang2 x mampu sekat air mata bila kesunyian dan terbayangkan senyuman arwah..


Ya Allah, aku hambaMu yang lemah tapi aku percaya bahawa Engkau tidak akan menguji hambaMu di luar kemampuannya kan..
Pagi ni cik dainey terbaca blog yang telah mengubat sedikit kepedihan yang cik dainey alami..ingin cik dainey kongsi dgn sahabat2 apa yg telah mengubat cik dainey..


7 Perkara perlu ditanam dalam sudut hati bila kita ditimpa musibah..

•Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
 Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

.

 •Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
 Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

.

 •Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
 Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

.

 •Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
 Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

.

 •Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
 Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

.

 •Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
 Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

.

 •Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. 
Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)


kawan2, inilah yg cik dainey dapat dari blog cik CEO..

Tuesday, September 4, 2012

Ibuku menyahut seruan Ilahi....

Assalamualaikum..
Tanggal 24 Ogos 2012 adalah detik yg tidak dapat saya lupakan..
Jumaat, Syawal ke 6, jam 1.10 petang ibu saya menghembuskan nafas yang terakhir menyahut seruan Ilahi..
Sungguh tak disangka, senyuman itu adalah senyuman terakhir, rintihan itu adalah rintihan terakhir buat kami sekeluarga..Ya Allah amat perit hati ini untuk menelan kehilangan ibu..
Ya Ilahi, kiniku sedar yang kugenggam adalah tangannya bukan nyawanya.. betapa ku tangisi pemergian ibu tercinta, takkan mungkin dapat mengembalikannya semula..aku redha dan pasrah akan kehendakMu Ya Rabbi.. biarlah kenangan bersama ibu sepanjang hayatnya kekal bersemadi di hati..apa yang ibu inginkan untuk anak2 telah terlaksana..impiannya telah tercapai walau masih ada lg yg belum terlunas.. InsyaAllah, kami akan tunaikan dengan izin Allah..
Syukur Alhamdulillah ibu pergi dengan tenang, disamping keluarga..
Syawal terakhir bersama ibu 2012 takkan ku lupa..

Terima kasih maa..
Ya Allah, Kau ampunilah dosa ibu, Kau tempatkanlah ibu di kalangan orang yang beriman..dan jauhkanlah ibu dari azab api neraka.. semoga roh ibu tenang di sana..
Amiiin.. (-_-)

Thursday, August 16, 2012

Ucapan dariku untuk penjejak blog m.a.t.a.h.a.r.i



waa..tantekkk awek tudung pink tuhh.. bukan cik dainey wat ni.. orang len wat i tggl edit jerk..haha..
cowi yaaa tuan punye pic ni.. interframe jap..

oppss!!
Assalamualaikum kengkawan cik dainey..terutama bloggers yg active dan x active.. hihihi
sihat2 sumer kan.. tggl 2 hari lg untuk umat Islam menyambut Syawal... InsyaAllah..

so mesti korang meriah kan.. cik dainey tahun ni biasa jerk.. sbb mak x sehat tp insyaAllah kami akan cuba meriahkan..

malam ni drive balik kampung..sape nak itot??????????
jom..........malam ni bakal meninggalkan Southern Lion Sdn Bhd yakni tempat cik dainey mencari rezeki...bye Johor Bharu.... (-_^)

btw, semoga selamat sampai ke destinasi masing2 erk.. "Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Salam Aidilfitri dari cik dainey & family...

Wednesday, August 15, 2012

Salam Ramadhan al-Mubarak~~~

waaaaaa..lama x pok pek pok pekk kt cni an..
aduhh..cik dainey xder idea lor..xde citer nak story morry kt cni..

sakng cik dainey ngn life cik dainey lorr...so far xde apa yg merumitkan..
cume mak cik dainey x sehat..sama2 doakan mak cik dainey sehat yerk..semoga raya ni dia sehat di samping anak2..hurmm...kalo ikutkan hati nk jer blik keje kt kg tp ape keje yg ada??
bila pikir tanggungjawab, kena la cik dainey stay JB ngn career cik dainey kt cni..sbb adik2 dh nk hbes blaja so tggl sthun lebay jerk lg dorg insyaAllah kalo rezeki murah,cepat la dowang dpt keje..

so...........

mood skang ialah x sabar nak balik kampung!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehe..u all pon sama kan... winggggggggggggg~~~


SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...
Semoga semua selamat ke destinasi masing2 yerk.. sama2 kita berdoa...

Saturday, April 28, 2012

~~ uishh!!! sAngat Lama x berbLog ~~

salaM ukhuwah sahabat2 bloger sekalian...
hurm..winduNye..dah lama tangan ni tak menari2 kat keyboard ni tuk wat post kat cahayalidaine ni..
sebenarnye cik dainey xder idea nak tulis..means xder citer ar..cik dainey sama cam dulu.. cumer skang agak
berisi sikit bila dipandang..uhuuuii!! Skang dalam proses nak kembali pada bentuk asal..hahaha...bunyi macam jauh sangat bezanye erk...
hari ni, sepatutunye cik dainey g takaful tapi cari punyer cari x jumpa opisnyer...wat penat jer drive.. nanti cri lagi..hurm...

jom ikut cik dainey usha blog laen...hihi...kita sambung lagi...
daaaaaaaaa~~~~

Sunday, January 1, 2012

:: epy nEw yEar 2012 ::

salam tahun baru semua..semoga teman2 blog cik dainey sukses mcapai azam tahun lepas and bakal sukses jgk mencapai azam tahun baru 2012..

yang lepas jgn dikenang2..biar ia berlalu..setiap kekilafan tahun dulu xkan kita ulangi lagi yuk..
manusia mane x lepas dari buat salah kan...hurmm.. tahun ni kita tebus balik kilaf yang lalu.. cik dainey pon nak tebus balik kilaf yang cik dainey dah lakukan..hurm..

cik dainey akan jadi girl yang boleh berdiri tanpa bergantung kpd sesapa.. nak jd lebih tabah cam mak ayah yang byk tempuh rintangan dan onak diri masa mbesarkan cik dainey sampai ke tahap ni..

Alhamdulillah, bersyukur sgt2 kpd Allah yang telah mbuka pintu rezeki dan sekarang cik dainey dah capai ape yang dah cik dainey impikan selama ni.. 2011 byk berikan cik dainey pengalaman hidup yang manis dan pahit pon ada... mcm u all gak kan..hurmm.. sama2 kita teruskan hidup dan hiasi peluang kehidupan dengan kemanisan yerk...

start 2012 ni cik dainey kan aktif semula berblog.. erm...jom jenjalan blog teman2 laen..

Wish You Happy New Year!!!