BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 11, 2012

~ Setiap Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya ~

Salam ukhwah kepada penjejak blog cahayalidaine..
first skali syukur alhamdulillah, kita diberi peluang untuk terus beribadat kepada Allah.. dalam kita beribadat jgn kita lupa bersedekah ayat suci al-Quran kepada umat Islam yang telah pergi meninggalkan kita untuk menyahut seruan Ilahi..baru skang cik dainey dapat menerima pemergian arwah ibu tercinta.. wpon kadang2 x mampu sekat air mata bila kesunyian dan terbayangkan senyuman arwah..


Ya Allah, aku hambaMu yang lemah tapi aku percaya bahawa Engkau tidak akan menguji hambaMu di luar kemampuannya kan..
Pagi ni cik dainey terbaca blog yang telah mengubat sedikit kepedihan yang cik dainey alami..ingin cik dainey kongsi dgn sahabat2 apa yg telah mengubat cik dainey..


7 Perkara perlu ditanam dalam sudut hati bila kita ditimpa musibah..

•Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
 Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

.

 •Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
 Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

.

 •Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
 Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

.

 •Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
 Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

.

 •Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
 Fakta menunjukkan bahawa  idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

.

 •Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
 Optimis dapat  melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan  hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

.

 •Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. 
Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)


kawan2, inilah yg cik dainey dapat dari blog cik CEO..

Tuesday, September 4, 2012

Ibuku menyahut seruan Ilahi....

Assalamualaikum..
Tanggal 24 Ogos 2012 adalah detik yg tidak dapat saya lupakan..
Jumaat, Syawal ke 6, jam 1.10 petang ibu saya menghembuskan nafas yang terakhir menyahut seruan Ilahi..
Sungguh tak disangka, senyuman itu adalah senyuman terakhir, rintihan itu adalah rintihan terakhir buat kami sekeluarga..Ya Allah amat perit hati ini untuk menelan kehilangan ibu..
Ya Ilahi, kiniku sedar yang kugenggam adalah tangannya bukan nyawanya.. betapa ku tangisi pemergian ibu tercinta, takkan mungkin dapat mengembalikannya semula..aku redha dan pasrah akan kehendakMu Ya Rabbi.. biarlah kenangan bersama ibu sepanjang hayatnya kekal bersemadi di hati..apa yang ibu inginkan untuk anak2 telah terlaksana..impiannya telah tercapai walau masih ada lg yg belum terlunas.. InsyaAllah, kami akan tunaikan dengan izin Allah..
Syukur Alhamdulillah ibu pergi dengan tenang, disamping keluarga..
Syawal terakhir bersama ibu 2012 takkan ku lupa..

Terima kasih maa..
Ya Allah, Kau ampunilah dosa ibu, Kau tempatkanlah ibu di kalangan orang yang beriman..dan jauhkanlah ibu dari azab api neraka.. semoga roh ibu tenang di sana..
Amiiin.. (-_-)